CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 30, 2011

Tangramz | Tangramz Game | Tangramz Online

Tangramz | Tangramz Game | Tangramz Online

PENGENALAN BENTUK DUA DIMENSI (2D)


PENGENALAN BENTUK DUA DIMENSI (2D)
Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?
Definisi
  • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar.
  • Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.
Ciri-ciri
  • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang.
  • Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata.
  • Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulatan dan bujur.
  • Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulatan dan bujur iaitu sisi lengkung.

Tuesday, November 29, 2011

3D Shapes and their Nets

《小小智慧树》 韵律操 形状歌 20110603

Geometry Math Lesson for Kids - Math4children.com

Mari Mengenal Bentuk.wmv

Lagu Boria Pelajar UPSR Bertajuk Bongkah

3D Shapes I Know (song for kids)

The Shapes Song (HD)

MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN


MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN

1. Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep
• Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran
   dan pembelajaran.

2. Model Behavioral
• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
• Pembelajaran Masteri
• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial
• Pembelajaran Koperatif
• Main Peranan & Simulasi
• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model
Pengajaran
Contoh
Huraian
Implikasi terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah
1.Model pemprosesan Maklumat
Inkuiri
Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.
Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi   terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
Ekspositori
Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru.
Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.
Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.
2. Model Behavioral
Pengajaran
Langsung
Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada   penerokaan dan penemuan.
Pembelajaran Masteri
Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.
Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada   mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing
3. Model Sosial
Pembelajaran
Koperatif
Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.
Main Peranan
& Simulasi
Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.
Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.
4. Model Personal
Synectics
Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

Jenis Pendekatan
Prinsip Pembelajaran
Contoh aktiviti
Induktif
Mengajar dari spesifik ke umum
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan.
Deduktif
Mengajar dari umum ke spesifik
Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus.
Integratif
Mengintegrasi isi kandungan &
kemahiran ke dalam satu pelajaran
Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar.
Eklektif
Kombinasi deduktif, induktif atau
Integrative
Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.
Tematik
Mengajar pelajaran mengikut satu tema sahaja
Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
• Strategi Pemusatan guru
• Strategi Pemusatan murid
• Strategi Berasaskan bahan
• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik.


KURIKULUM STANDARD MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1


KURIKULUM STANDARD MATEMATIK 
SEKOLAH RENDAH TAHUN 1

SUKATAN DAN GEOMETRI
Unit 9:  RUANG                                                                                            Tahun 1

STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing untuk …

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya untuk

9.1
Mengenal pasti bentuk
tiga dimensi (3D).
(i) Menamakan bentuk kuboid,   
     kubus, kon, piramid tapak  
     segiempat sama,silinder dan
     sfera.
(ii) Memperihalkan permukaan, sisi
     dan bucu bagi bentuk 3D.
(iii) Menyusun objek mengikut pola.
(iv) Membina model 3D dan
      menerangkannya.

9.2
Mengenal pasti bentuk
dua dimensi (2D).
(i) Menamakan bentuk segiempat
 sama, segiempat tepat, segitiga  
 dan bulatan.
(ii) Memperihalkan garis lurus, sisi,
     penjuru dan lengkung bagi
     bentuk 2D.
(iii) Menyusun bentuk 2D mengikut
      pola.
(iv) Menghasilkan corak   
      berasaskan bentuk 2D.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK



DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK
 UNTUK
KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1

MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

 OBJEKTIF KURIKULUM
 Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

1    Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai       
      konteks.
2   Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3  Mengenal pasti dan  menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4  Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuatpenyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6    Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7    Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8    Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9  Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.



BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu pengetahuan asas matematik

2

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik

3

Tahu dan faham pengetahuan asas matematik  bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan

4

Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah

5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi

6

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan  masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif


BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu



B1
Tahu pengetahuan asas matematik



B1D1
Kuantiti dan ukuran objek dalam bentuk perbandingan secara intuitif














B1D2
Istilah dan perbendaharaan  kata























B1D3
Nombor bulat, bentuk tiga dimensi (3D) dan bentuk dua dimensi (2D)





B1D4
Simbol operasi asas matematik dan simbol sama dengan


B1D5
Pasangan nombor fakta asas





B1D6
Mata wang Malaysia

B1D1E1 
Menunjukkan atau menyebut kuantiti dan ukuran objek dalam bentuk perbandingan:
a)   banyak atau sedikit, lebih atau kurang
b)   panjang atau pendek, tinggi atau rendah, jauh atau dekat
c)   berat atau ringan
d)   sama banyak atau tidak sama banyak

B1D2E1 
Menamakan :
a)   waktu-waktu dalam sehari
b)   hari-hari dalam seminggu
c)   bulan-bulan dalam setahun
d)   waktu dalam sebutan jam

B1D2E2 
Mengenal perbendaharaan kata bagi operasi :
a)   tambah
b)   tolak

B1D2E3
Mengenal perbendaharaan kata bagi unit ukuran bukan piawai


B1D3E1 
Menamakan nombor bulat sehingga 100

B1D3E2 
Menamakan bentuk
a)    3D
b)    2D

B1D4E1 
Mengenal simbol (+), (-) dan (=)



B1D5E1 
Menyatakan pasangan nombor fakta asas tambah dan fakta asas tolak sehingga 10

B1D6E1         
Menyatakan ciri-ciri wang syiling dan wang kertas


BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik




B2D1
Kuantiti objek



















B2D2
Penulisan nombor bulat





B2D3  
Nilai tempat dan nilai digit nombor bulat




B2D4 
Konsep
pecahan





B2D5
Ciri-ciri bentuk
3D dan 2D


B2D1E1 
Menyatakan kuantiti objek sehingga100
dengan:
a)Membilang secara, satu-satu, dua-dua,
lima-lima, sepuluh-sepuluh
b)Membanding
c)Menama, menyusun atau melengkapkan rangkaian nombor secara tertib menaik atau menurun


B2D2E1 
Menulis nombor bulat dalam perkataan atau angka sehingga 100


B2D3E1 
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi nombor bulat sehingga 100


B2D4E1
Menyatakan nilai separuh, setengah dan suku daripada keseluruhan satu benda

B2D5E1
Menyatakan ciri bentuk-bentuk 3D dan 2D



BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat







B3
Tahu dan faham pengetahuan asas matematik  bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan



B3D1
Penyelesaian operasi asas tambah dan tolak


























B3D2 
Pembundaran nombor bulat





B3D3
Pola bentuk 3D dan 2D serta pola nombor bulat






 B3D4
Nilai wang










B3D5
Penulisan waktu

B3D1E1 
Melakukan operasi asas tambah dan operasi tolak bagi nombor bulat dalam lingkungan 100

B3D1E2
Melakukan operasi tambah dan operasi tolak yang melibatkan wang:
a) syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen (hasil tambah hingga RM1)
b) ringgit RM1, RM5 dan RM10 (hasil tambah hingga RM10)


B3D2E1 
Membundarkan nombor bulat  sehingga 100 kepada puluh terdekat


B3D3E1 
Melengkapkan pola bentuk 3D dan 2D

B3D3E2
Melengkapkan pola bagi siri nombor bulat sehingga 100

B3D4E1 
Menukar wang sehingga RM10:
a) sen kepada sen 
b) ringgit kepada ringgit
c)  sen kepada ringgit dan sebaliknya


B3D5E1
Menulis  waktu dalam jam dan setengah jam


BAND
PERNYATAAN   STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab


B4
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah
B4D1 
Menyelesai-kan masalah 
matematik mudah





B4D1E1  
Membina ayat matematik berdasarkan situasi

B4D1E2 
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi tambah dan tolak.





















BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan   Beradab Terpuji



B5
Menguasai dan   mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi
B5D1  
Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks menggunakan pelbagai strategi







B5D1E1  
Menyelesai-
kan masalah matematik melibatkan
operasi 
tambah dan 
tolak, 
mengikut
prosedur


B4D1E2 
Menghasilkan corak  
berdasarkan
bentuk 2D:
a) segi 
    empat
b) segi tiga
c) bulatan

  





















BAND
PERNYATAAN   STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


B6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan  masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif


B6D1    B6D1
Mengaplikasik-an pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.










B6D1E1 
Mereka cipta model daripada bentuk-bentuk 3D secara inovatif dan menerangkan model yang dibina
               
B6D1E2 
Mencipta kaedah atau idea baru menggunakan teknologi multimedia bagi memudah cara urusan harian

B6D1E3
Menggunakan logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat  dan jelas dengan rakan sebaya, guru atau komuniti


Kuiz Bentuk Dua Dimensi

Shapes Games 1

My Shapes

Play free Games - a game from Puzzle | Logic Games

Shapes Games 2