MODEL,
PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN
PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.
JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN
1. Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep
• Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran
JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN
1. Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep
• Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran
dan
pembelajaran.
2. Model Behavioral
• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
• Pembelajaran Masteri
• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
• Pembelajaran Koperatif
• Main Peranan & Simulasi
• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Model Behavioral
• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
• Pembelajaran Masteri
• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
• Pembelajaran Koperatif
• Main Peranan & Simulasi
• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenis
Model
Pengajaran
|
Contoh
|
Huraian
|
Implikasi terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran dalam
bilik darjah
|
1.Model pemprosesan Maklumat
|
Inkuiri
|
Model ini,murid melibatkan diri
dalam menguji konsep dan hipotesis.
|
Murid akan mengambil bahagian yang
aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat
refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.
|
Ekspositori
|
Model ini murid akan akan menerima
isi pelajaran dari guru.
|
Murid tidak digalakkan memikirkan
atau menyoal tentang apa yang dipelajari.
Mereka hanya mempelajari apa yang
patut dipelajari sahaja.
|
|
2. Model Behavioral
|
Pengajaran
Langsung
|
Model ini berarahkan guru dimana
guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid
serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan
pembelajaran.
|
Kaedah ini agak sesuai untuk
mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang
mirip kepada penerokaan dan penemuan.
|
Pembelajaran Masteri
|
Model ini digunakan untuk
menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira.
|
Dalam kaedah ini isi pelajaran
disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada
murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar
kecekapan masing-masing
|
|
3. Model Sosial
|
Pembelajaran
Koperatif
|
Model pembelajar ini berfokuskan
kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan.
|
Kaedah ini akan meningkatkan
kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga
mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.
|
Main Peranan
& Simulasi
|
Main peranan membantu murid-murid
memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan
cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi
menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui
demonstrasi,praktis dan latihan khusus.
|
Main peranan amat berguna dalam
P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami
keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid
untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.
|
|
4. Model Personal
|
Synectics
|
Model ini mengajar kemahiran
menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.
|
Murid-murid akan mengikuti satu
siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur
tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.
|
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
Jenis Pendekatan
|
Prinsip Pembelajaran
|
Contoh aktiviti
|
Induktif
|
Mengajar dari spesifik ke umum
|
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan
membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk
dengan fakta-fakta yang relevan.
|
Deduktif
|
Mengajar dari umum ke spesifik
|
Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji
berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara
elemen-elemen yang khusus.
|
Integratif
|
Mengintegrasi isi kandungan &
kemahiran ke dalam satu pelajaran
|
Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan
menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi
pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini
lebih berpusatkan kepada pelajar.
|
Eklektif
|
Kombinasi deduktif, induktif atau
Integrative
|
Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada
pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan
individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar
dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya.
|
Tematik
|
Mengajar pelajaran mengikut satu tema sahaja
|
Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk
semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata
pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan
diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema
yang sama akan diajar oleh semua guru.
|
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
• Strategi Pemusatan guru
• Strategi Pemusatan murid
• Strategi Berasaskan bahan
• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti
INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik.
No comments:
Post a Comment