DOKUMEN STANDARD PRESTASI MATEMATIK UNTUK
KEGUNAAN SEKOLAH KEBANGSAAN
TAHUN 1
MATLAMAT
KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid
tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik
yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF
KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
1 Memahami dan mengaplikasi konsep dan
kemahiran matematik dalam pelbagai
konteks.
2 Memperluaskan penggunaan kemahiran
operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan
Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3 Mengenal pasti dan menggunakan
perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain
dan dengan kehidupan harian.
4 Berkomunikasi menggunakan idea
matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran
matematik untuk diaplikasi dan membuatpenyesuaian kepada pelbagai strategi
bagi menyelesaikan masalah.
6 Berfikir, menaakul dan membuat
penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk
menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8 Menghargai dan menghayati keindahan
matematik.
9 Menggunakan pelbagai peralatan
matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan
mengaplikasi ilmu matematik.
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
1
|
Tahu
pengetahuan asas matematik
|
2
|
Tahu dan
faham pengetahuan asas matematik
|
3
|
Tahu dan faham pengetahuan asas
matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas dan
menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
|
4
|
Tahu dan faham pengetahuan matematik
bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing,
penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah
|
5
|
Menguasai dan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik
yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi
|
6
|
Menguasai dan mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah
matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
1
Tahu
|
B1
Tahu
pengetahuan asas matematik
|
B1D1
Kuantiti dan
ukuran objek dalam bentuk perbandingan secara intuitif
B1D2
Istilah dan
perbendaharaan kata
B1D3
Nombor bulat,
bentuk tiga dimensi (3D) dan bentuk dua dimensi (2D)
B1D4
Simbol
operasi asas matematik dan simbol sama dengan
B1D5
Pasangan
nombor fakta asas
B1D6
Mata wang
Malaysia
|
B1D1E1
Menunjukkan
atau menyebut kuantiti dan ukuran objek dalam bentuk perbandingan:
a) banyak atau sedikit, lebih atau
kurang
b) panjang atau pendek, tinggi atau
rendah, jauh atau dekat
c) berat atau ringan
d) sama banyak atau tidak sama banyak
B1D2E1
Menamakan :
a) waktu-waktu dalam sehari
b) hari-hari dalam seminggu
c) bulan-bulan dalam setahun
d) waktu dalam sebutan jam
B1D2E2
Mengenal
perbendaharaan kata bagi operasi :
a) tambah
b) tolak
B1D2E3
Mengenal
perbendaharaan kata bagi unit ukuran bukan piawai
B1D3E1
Menamakan
nombor bulat sehingga 100
B1D3E2
Menamakan
bentuk
a) 3D
b) 2D
B1D4E1
Mengenal
simbol (+), (-) dan (=)
B1D5E1
Menyatakan
pasangan nombor fakta asas tambah dan fakta asas tolak sehingga 10
B1D6E1
Menyatakan
ciri-ciri wang syiling dan wang kertas
|
BAND
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
2
Tahu dan Faham
|
B2
Tahu
dan faham pengetahuan asas matematik
|
B2D1
Kuantiti objek
B2D2
Penulisan
nombor bulat
B2D3
Nilai
tempat dan nilai digit nombor bulat
B2D4
Konsep
pecahan
B2D5
Ciri-ciri bentuk
3D dan 2D
|
B2D1E1
Menyatakan kuantiti objek sehingga100
dengan:
a)Membilang secara, satu-satu, dua-dua,
lima-lima, sepuluh-sepuluh
b)Membanding
c)Menama, menyusun atau melengkapkan rangkaian nombor secara tertib
menaik atau menurun
B2D2E1
Menulis nombor bulat dalam perkataan atau angka
sehingga 100
B2D3E1
Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi
nombor bulat sehingga 100
B2D4E1
Menyatakan nilai separuh, setengah dan suku
daripada keseluruhan satu benda
B2D5E1
Menyatakan ciri bentuk-bentuk 3D dan 2D
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
B3
Tahu dan
faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik,
penukaran asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
|
B3D1
Penyelesaian
operasi asas tambah dan tolak
B3D2
Pembundaran
nombor bulat
B3D3
Pola bentuk
3D dan 2D serta pola nombor bulat
B3D4
Nilai wang
B3D5
Penulisan
waktu
|
B3D1E1
Melakukan operasi asas
tambah dan operasi tolak bagi nombor bulat dalam lingkungan 100
B3D1E2
Melakukan operasi
tambah dan operasi tolak yang melibatkan wang:
a) syiling 5 sen, 10
sen, 20 sen dan 50 sen (hasil tambah hingga RM1)
b) ringgit RM1, RM5
dan RM10 (hasil tambah hingga RM10)
B3D2E1
Membundarkan nombor
bulat sehingga 100 kepada puluh
terdekat
B3D3E1
Melengkapkan pola
bentuk 3D dan 2D
B3D3E2
Melengkapkan pola bagi
siri nombor bulat sehingga 100
B3D4E1
Menukar wang sehingga
RM10:
a) sen kepada sen
b) ringgit kepada ringgit
c) sen kepada ringgit dan sebaliknya
B3D5E1
Menulis waktu dalam jam dan setengah jam
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab
|
B4
Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan
langkah-langkah pengiraan matematik secara terbimbing, penukaran dan
menyelesaikan masalah matematik mudah
|
B4D1
Menyelesai-kan masalah
matematik mudah
|
B4D1E1
Membina ayat matematik berdasarkan situasi
B4D1E2
Menyelesaikan masalah matematik melibatkan operasi
tambah dan tolak.
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
B5
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi
|
B5D1
Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks menggunakan pelbagai strategi
|
B5D1E1
Menyelesai-
kan masalah matematik melibatkan
operasi
tambah dan
tolak,
mengikut
prosedur
B4D1E2
Menghasilkan corak
berdasarkan
bentuk 2D:
a) segi
empat
b) segi tiga
c) bulatan
|
BAND
|
PERNYATAAN STANDARD
|
DESKRIPTOR
|
EVIDENS
|
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
B6
Menguasai dan
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan
masalah matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif
|
B6D1 B6D1
Mengaplikasik-an
pengetahuan dan kemahiran matematik bagi
menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.
|
B6D1E1
Mereka cipta
model daripada bentuk-bentuk 3D secara inovatif dan menerangkan model yang
dibina
B6D1E2
Mencipta
kaedah atau idea baru menggunakan teknologi multimedia bagi memudah cara
urusan harian
B6D1E3
Menggunakan
logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat dan jelas dengan rakan
sebaya, guru atau komuniti
|
No comments:
Post a Comment