CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 1, 2011

Contoh RPH Matematik



CONTOH PENULISAN RPH MATEMATIK
EMK KI (ELEMEN MERENTAS KURIKULUM /
KREATIVITI INOVASI)
MATA PELAJARAN
ISI PEMBELAJARAN
IMPAK
Matematik
Tahun 1 Arif
8.45-9.45
Bidang  :  Sukatan dan Geometri

Tajuk     :  Ruang

Standard Kandungan:
Murid dibimbing untuk:
Mengenalpasti bentuk dua dimensi (2D)

Standard Pembelajaran:
Murid berupaya untuk:
Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.

Masa    :  60 minit (2 waktu)
Aktiviti

Fasa Persediaan
Pemerhatian :  EMK KI  : 1.1.1, 1.1.2 
Analisis :          EMK KI: 1.2.1, 1.2.2, 1.2.3,1.2.4
Contoh aktiviti :
Murid mengenalpasti bentuk-bentuk yang terdapat di dalam gambar/ poster yang ditampalkan di papan putih.

Fasa Imaginasi
Penjanaan idea :   EMK KI : 2.1.3, 2.1.4
Sintesis idea :        EMK KI : 2.2.2, 2.2.6, 2.2.7
Contoh aktiviti :
a.    Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid.

b.    Setiap kumpulan dibekalkan dengan bentuk-bentuk maujud.

c.    Murid akan memerhatikan bentuk-bentuk yang ada daripada pelbagai sudut pandangan. (lateral/ vertical/ horizontal)

d.    Murid akan melakarkan pemerhatian mereka ke dalam folio bagi setiap bentuk.

Fasa Perkembangan
EMK KI :3.1.1, 3.1.4, 3.2.2, 3.2.4
Murid melihat tayangan slaid.
a.    Murid dibahagikan kepada kumpulan mengandungi 4 orang dan dibekalkan dengan kad manila yang telah ditampal gambar seperti di papan putih.

b.    Murid akan menggunting gambar kepada bentuk-bentuk yang tertera.

c.    Setiap murid dalam kumpulan akan mengumpulkan sejenis bentuk sahaja.

Fasa Tindakan
EMK KI  :   4.1.1, 4.1.2, 4.2.1
a.    Edarkan lembaran kerja    kepada setiap murid.
b.    Bincangkan hasil kerja murid.
c.    Tayangan kartun-
 “Jom tengok wayang!”



No comments:

Post a Comment

Kuiz Bentuk Dua Dimensi

Shapes Games 1

My Shapes

Play free Games - a game from Puzzle | Logic Games

Shapes Games 2